Thursday, November 20, 2014

Sumbang Mahram, kenapa ia berlaku??

Bagaimana mungkin tergamak seorang ayah yang seharusnya menjadi pelindung akhirnya 'memakan' anak gadisnya sendiri dengan kejam??

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian serius untuk mengelakkan berlakunya SUMBANG MAHRAM dalam keluarga:
1) Anak-anak lelaki & perempuan perlu diasingkan tempat tidur sejak mereka berumur 7tahun.

2) Anak perempuan tidak boleh berpakaian ketat & menjolok mata di hadapan bapa @ adik beradik lelaki.
Ya, ia bukan aurat tetapi ini boleh mendorong sesuatu yang buruk berlaku dalam keluarga itu.

3) Anak perempuan tidak boleh berbaring @ tidur sesuka hati di dalam rumah, samada di hadapan televisyen, ruang tamu dan tempat-tempat lain.

4) Wajibkan semua ahli keluarga untuk meminta izin sebelum memasuki bilik orang lain, terutama sekali ayah @ adik beradik lelaki yang ingin memasuki bilik anak perempuan.

5) Usahakan untuk mengunci pintu bilik jika ingin tidur. Ini kerana boleh jadi kita tidak sedar jika ada sesiapa yang masuk ketika kita nyenyak tidur & kita tidak sedar jika ada pakaian yang terselak ketika itu.

6) Pastikan anak perempuan berpakaian sempurna selepa keluar bilik air; tidak bertuala @ berkemban sahaja.

7) Ibu perlu maklumkan anak perempuan jenis-jenis sentuhan yang berbahaya & perlu dielakkan.

8) Jika anak-anak melaporkan sesuatu yang 'aneh', segera ambil tindakan. Jangan anggap anak berbohong. Siasat terlebih dahulu. Bawa anak berjumpa doktor.


9) Pastikan aurat sesama ipar juga terjaga.