Saturday, June 7, 2014

Perbezaan Solat Lelaki dan Perempuan

Di dalam Al-Fiqh Al-Manhaji, kitab Feqah Mazhab Syafie disebutkan beberapa perbezaan solat wanita berbanding lelaki. Antaranya merapatkan sebahagian anggota tubuh ketika sujud, iaitu merapatkan kedua siku ke rusuk, peha dengan perut.


Al-Imam Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra membawakan beberapa riwayat berkaitan hal ini dalam bab بَابُ مَا يُسْتَحَبُّ لِلْمَرْأَةِ مِنْ تَرْكِ التَّجَافِي فِي الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ  (Digalakkan perempuan untuk meninggalkan merenggangkan tangan ketika ruku’ dan sujud)

قَالَ إِبْرَاهِيمُ النَّخَعِيُّ : كَانَتِ الْمَرْأَةُ تُؤْمَرُ إِذَا سَجَدَتْ أَنْ تَلْزَقَ بَطْنَهَا بِفَخْذَيْهَا ، كَيْلا تَرْتَفِعَ عَجُزُهَا ، وَلا تُجَافِي كَمَا يُجَافِي الرَّجُلُ.
Ibrahim an-Nakhaie berkata: Wanita disuruh untuk merapatkan perut dan peha ketika sujud, agar tidak terangkat belakang mereka, begitu juga tidak merenggangkan tubuh sebagaimana lelaki.


: قَالَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : " إِذَا سَجَدْتِ الْمَرْأَةُ ، فَلْتَضُمَّ فَخِذَيْهَا " ، وَقَدْ رُوِيَ فِيهِ حَدِيثَانِ ضَعِيفَانِ لا يُحْتَجُّ بِأَمْثَالِهِمَا .
‘Ali radiallahu ‘anhu berkata: Apabila seorang wanita sujud, hendaklah dia merapatkan pehanya. [As-Sunan Al-Kubra, Kitab al-Haidhi, hadis no: 2934]
Shaikh Mustafa al-Adawi berkata dalam Jami’ Ahkam an-Nisa’: Riwayat ini mauquf dhaif jiddan (sangat lemah)

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : " خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ الأَوَّلُ ، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ الصَّفُّ الآخِرُ ، وَكَانَ يَأْمُرُ الرِّجَالَ أَنْ يَتَجَافَوْا فِي سُجُودِهِمْ ، وَيَأْمُرُ النِّسَاءَ يَنْخَفِضْنَ فِي سُجُودِهِنَّ ، وَكَانَ يَأْمُرُ الرِّجَالَ أَنْ يَفْرِشُوا الْيُسْرَى ، وَيَنْصِبُوا الْيُمْنَى فِي التَّشَهُّدِ ، وَيَأْمُرُ النِّسَاءَ أَنْ يَتَرَبَّعْنَ ، وَقَالَ : يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ ، لا تَرْفَعْنَ أَبْصَارَكُنَّ فِي الصَّلاةِ تَنْظُرْنَ إِلَى عَوْرَاتِ الرِّجَالِ
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik saf lelaki ialah yang hadapan, dan sebaik-baik saf perempuan ialah yang belakang. Baginda menyuruh kaum lelaki merenggangkan anggota dalam sujud mereka, dan menyuruh kaum wanita merapatkannya ketika sujud mereka. Baginda menyuruh kaum lelaki membentangkan kaki kiri, dan menegakkan kaki kanan ketika tasyahud, dan baginda menyuruh kaum perempuan duduk di atas kaki mereka. Baginda berkata: Wahai kaum wanita, janganlah kalian mengangkat pandangan ketika solat kerana kalian akan terlihat aurat kaum lelaki [As-Sunan Al-Kubra, Kitab al-Haidhi, hadis no: 2935]
Shaikh Mustafa al-Adawi berkata: Isnadnya dhaif jiddan (sangat lemah)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا جَلَسَتِ الْمَرْأَةُ فِي الصَّلاةِ وَضَعَتْ فَخِذَهَا عَلَى فَخِذِهَا الأُخْرَى ، وَإِذَا سَجَدَتْ أَلْصَقَتْ بَطْنَهَا فِي فَخِذَيْهَا ، كَأَسْتَرِ مَا يَكُونُ لَهَا ، وَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْظُرُ إِلَيْهَا ، وَيَقُولُ : يَا مَلائِكَتِي ، أُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهَا " ،
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seorang wanita duduk dalam solat, hendaklah dia meletakkan pehanya di atas peha yang lain, apabila dia sujud hendaklah dia melekatkan perutnya ke pehanya. Itu lebih tertutup untuknya. Sesungguhnya Allah melihat ke arahnya dan berfirman: Wahai malaikatku, saksikanlah bahawa sesungguhnya aku telah mengampuninya [As-Sunan Al-Kubra, Kitab al-Haidhi, hadis no: 2936]
Imam al-Baihaqi menyatakan ia dhaif

عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ : أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى امْرَأَتَيْنِ تُصَلِّيَانِ ، فَقَالَ : " إِذَا سَجَدْتُمَا ، فَضُمَّا بَعْضَ اللَّحْمِ إِلَى الأَرْضِ ، فَإِنَّ الْمَرْأَةَ لَيْسَتْ فِي ذَلِكَ كَالرَّجُلِ
Yazid bin Abi Habib meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berhampiran dua wanita yang sedang solat. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Apabila kalian berdua sujud, maka rapatkanlah sebahagian daging ke bumi, sesungguhnya wanita dalam hal ini tidak seperti lelaki [Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab al-Haidhi, hadis no: 2937]
Riwayat ini mursal

Shaikh Mustafa al-Adawi merumuskan: Sebagaimana yang engkau nampak, tiada satu pun yang Imam al-Baihaqi sebutkan merupakan hadis yang sahih.

Terdapat beberapa riwayat sahih dalam Musannaf Abdul Razzaq yang mana generasi salaf membezakan solat lelaki dan perempuan bertujuan agar aurat wanita itu lebih tertutup, antaranya:
عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ ، قَالَ : قُلْتُ لِعَطَاءٍ : تُشِيرُ الْمَرْأَةُ بِيَدَيْهَا بِالتَّكْبِيرِ كَالرَّجُلِ ؟ قَالَ : لاَ تَرْفَعُ بِذَلِكَ يَدَيْهَا كَالرَّجُلِ ، وَأَشَارَ فَخَفَضَ يَدَيْهِ جِدًّا ، وَجَمَعَهُمَا إلَيْهِ جِدًّا ، وَقَالَ : إنَّ لِلْمَرْأَةِ هَيْئَةً لَيْسَتْ لِلرَّجُلِ
Ibn Juraih berkata: Aku berkata kepada ‘Atho’: Adakah wanita memberi isyarat dengan tangannya jua ketika takbir seperti lelaki? ‘Atho’ menjawab: Janganlah dia mengangkat tangannya seperti lelaki, lalu ‘Atho’ memberi isyarat dengan merendahkan sedikit tangannya, dan merapatkan keduanya ke arah dirinya, dan ‘Atho berkata: Sesungguhnya perbuatan solat perempuan tidak seperti lelaki [Musannaf Abdul Razzak, Bab Takbir al-Mar’ah, no: 5066]
Shaikh al-‘Adawi berkata: Sahih daripada ‘Atho’.

عن عطاء قال تجتمع المراة إذا ركعت ترفع يديها إلى بطنها وتجتمع ما استطاعت فإذا سجدت فلتضم يديها إليها وتضم بطنها وصدرها إلى فخذيها وتجتمع ما استطاعت
‘Atho berkata: Wanita merapatkan tangannya ke perut semampunya ketika ruku’, ketika sujud hendaklah dia merapakan tangan ke tubuhnya, dan merapakat perut serta dadanya ke pahanya semampunya dia. [Musannaf Abdul Razzak, Bab Takbir al-Mar’ah, no: 5069]
Shaikh al-‘Adawi berkata: Sahih daripada ‘Atho’.

Akan tetapi Al-Imam Al-Bukhari menukilkan di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan. Bab Sunat Duduk Tasyahud menyatakan:
وَكَانَتْ أُمُّ الدَّرْدَاءِ تَجْلِسُ فِي صَلَاتِهَا جِلْسَةَ الرَّجُلِ وَكَانَتْ فَقِيهَةً
Ummu ad-Darda’ duduk di dalam solatnya seperti duduknya lelaki, dan dia adalah seorang wanita yang faqih
Di dalam Mukhtasar Ikhtilaf al-Ulama’ oleh Imam at-Tahawi menyebutkan bahawa jumhur ulama membezakan cara duduk solat perempuan melainkan mazhab Malik yang menyatakan:
وقال مالك جلوس المرأة كجلوس
Duduknya perempuan seperti duduknya lelaki.

Fatwa Islam Sual wa Jawab, no : 9276 menyebutkan:
Hujah itu ialah pada kalam Allah dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Telah wujud riwayat daripada sebahagian salaf yang menyamakan solat lelaki dan wanita (sebagaimana dalam riwayat Ummu ad-Darda’ di atas) [http://islamqa.info/ar/9276]

Ibn Hazm berkata dalam Al-Muhalla, masalah no: 453

Membaguskan ruku’ ialah dengan tidak mendongak atau menundukkan kepala, akan tetapi lurus bersama belakang badannya. Adapun ketika sujud hendaklah meluruskan badan semampunya, dan menjarakkan lengan semampunya. Lelaki dan perempuan dalam hal ini sama…. Jikalau terdapat perbezaan hukum untuk perempuan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak akan lupa daripada menerangkannya.

No comments: