Thursday, March 27, 2014

Bolehkah Melihat Ustaz Yang Memberi Kuliah?


Hukum Wanita Melihat Lelaki

Majlis Fatwa Pimpinan Dr. Abdullah al-Faqeh
Fatwa no: 7997
Tajuk:
نظر المرأة إلى الرجال في الأفلام لغرض التعليم
Wanita Melihat Lelaki Dalam Video Untuk Tujuan Pembelajaran
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:  فقد قال الله تعالى: (وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن) [النور: 31]. قال الإمام ابن كثير في تفسير هذه الآية: فقوله تعالى: (وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن) أي: عما حرّم الله عليهن من النظر إلى غير أزواجهن. ولهذا ذهب كثير من العلماء إلى أنه لا يجوز للمرأة أن تنظر إلى الرجال الأجانب بشهوة، ولا بغير شهوة أصلاً.
Allah berfirman: Katakanlah kepada wanita-wanita beriman untuk mereka menundukkan sebahagian pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur:31] Al-Imam Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya: Firman Allah Ta’ala: ((Katakanlah kepada wanita-wanita beriman untuk mereka menundukkan sebahagian pandangan mereka)) iaitu menahan pandangan daripada apa yang Allah haramkan mereka lihat selain daripada pasangan mereka. Kebanyakan ulama berpendapat tidak boleh seorang perempuan melihat lelaki bukan mahram dengan syahwat, bahkan jika tanpa syahwat pun hukum asalnya adalah haram.

واحتج كثير منهم بما رواه أبو داود والترمذي من حديث الزهري عن نبهان - مولى أم سلمة- أنه حدث أن أم سلمة حدثته: أنها كانت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وميمونة قالت: فبينما نحن عنده أقبل ابن أم مكتوم فدخل عليه، وذلك بعدما أمرنا بالحجاب، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "احتجبا منه" فقلت يا رسول الله: أليس هو أعمى لا يبصرنا ولا يعرفنا؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أوعمياوان أنتما؟ ألستما تبصرانه" ثم قال الترمذي: هذا حديث حسن صحيح.
Ramai ulama berhujah dengan apa yang Imam Abu Daud, dan at-Tirmizi riwayatkan daripada hadis az-Zuhri daripada Nabhan yang merupakan pembantu Ummu Salamah radiallahu ‘anha. Ketika itu Ummu Salamah bersama Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dan Maimunah. Ummu Salamah berkata: Ketika itu kami bersama baginda lalu Ibnu Ummi Maktum hendak masuk ke rumah. Hal itu terjadi setelah kami diperintahkan untuk berhijab. Lalu Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda: Kalian berdua hendaklah berhijab daripadanya. Aku (iaitu Ummu Salamah) berkata: Wahai Rasulullah, bukankan Ibnu Ummi Maktum itu buta, dia tidak dapat melihat kami dan tidak dapat mengenali kami?’. Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menjawab: Adakah kalian berdua juga buta? Bukankah kalian berdua melihatnya? . Imam At-Tirmizi berkata, hadis ini hasan sahih.

وذهب آخرون من العلماء إلى جواز نظرهن إلى الأجانب بغير شهوة، كما ثبت في الصحيح أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: "جعل ينظر إلى الحبشة وهم يلعبون بحرابهم يوم العيد في المسجد، وعائشة أم المؤمنين تنظر إليهم من ورائه، وهو يسترها منهم حتى ملّت ورجعت" تفسير ابن كثير (3/375).
Sekelompok ulama yang lain berpendapat bahawa wanita boleh melihat lelaki bukan mahram tanpa syahwat. Sebagaimana hadis yang terdapat dalam Sahih Bukhari bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam melihat orang-orang Habsyah sedang bermain tombak di masjid pada hari raya. ‘Aisyah Ummul Mu’minin juga melihat mereka dari belakang tubuh Rasulullah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun memasangkan kain penutup agar mereka tidak melihat ‘Aisyah, hingga akhirnya ‘Aisyah bosan dan dia pun pulang. [Tafsir Ibn Kathir]

وخلاصة ما تقدم أنه لا يجوز للمرأة أن تنظر إلى الرجال الأجانب بشهوة بالاتفاق، بل يحرم عليها ذلك. أما النظر إليهم بغير شهوة فمختلف فيه، والراجح جوازه خصوصاً فيما دعت الحاجة إليه، ومن هذا النوع استفادة المرأة من أشرطة الشيوخ المصورة بالفيديو، ومع ذلك فلعل الأفضل لها أن تغض بصرها حال هذه الاستفادة، وتكتفي بمجرد الاستماع بعداً عن مواطن الشبه. والله أعلم
Kesimpulannya. Tidak boleh seorang perempuan melihat lelaki bukan mahram dengan syahwat dan ini merupakan pendapat semua ulama’, bahkan hukumnya haram. Adapun melihat ke arah lelaki bukan mahram tanpa syahwat, maka para ulama berselisih pendapat. Yang kuat ialah ia dibenarkan khususnya dalam perkara keperluan. Termasuk hal ini ialah apabila wanita mengambil manfaat daripada rakaman-rakaman video para ulama. Walaupun demikian, yang lebih baik adalah tetap menundukkan pandangan ketika sedang mengambil manfaat daripada video itu. Mendengarkan suaranya saja sudah cukup, ini bertujuan untuk menjauhkan daripada hal-hal yang memunculkan syubhat. Wallahu’alam.

Fatwa Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin
حكم نظر المرأة للرجال
Hukum Wanita Melihat Lelaki

نظر المرأة للرجل لا يخلو من حالين سواء كان في التلفزيون أو غيره .
1- نظر شهوة وتمتع فهذا محرم لما فيه من المفسدة والفتنة .
2-نظرة مجردة لا شهوة فيها ولا تمتع فهذه لا شيء فيها على الصحيح من أقوال أهل العلم ، وهي جائزة لما ثبت في الصحيحين ( أن عائشة رضي الله عنها كانت تنظر إلى الحبشة وهم يلعبون ، وكان النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يسترها عنهم ) وأقرها على ذلك .
Wanita melihat lelaki tidak akan terlepas daripada dua keadaan, tidak kira sama ada melihat melalui televisyen atau selainnya.
1) Melihat dengan nafsu dan berseronok-seronok. Hal ini haram kerana padanya terdapat kerosakan dan fitnah.
2) Melihat sahaja tanpa sebarang nafsu dan tidak juga berseronok-seronok. Maka hal ini tidak mengapa, dan merupakan pendapat kuat daripada pandangan ulama’. Ia dibenarkan berdasarkan apa yang ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa ‘Aisyah radiallahu ‘anha melihat orang Habsyah bermain, dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menutupinya daripada pandangan mereka. Baginda menunjukkan taqrir/tidak menghalang hal itu.

ولأن النساء يمشين في الأسواق وينظرن إلى الرجال وإن كن متحجبات ، فالمرأة تنظر إلى الرجل وإن كان هو لا ينظرها ، بشرط ألا تكون هناك شهوة وفتنة فإن كانت شهوة أو فتنة فالنظرة محرمة في التلفزيون وغيره فتاوى المرأة المسلمة 2/973 . .
Ini juga kerana kaum wanita turut berjalan di pasar-pasar dan mereka dapat melihat kaum lelaki walaupun mereka berhijab, kaum wanita dapat melihat kaum lelaki walau pun kaum lelaki tidak dapat melihatnya. Itu dengan syarat tiadanya ketika itu nafsu dan fitnah. Jika disertai nafsu atau adanya fitnah, maka menonton di televisyen dan selainnya adalah haram. [Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah]


Fatwa Shaikh Abdul Aziz Bin Baz

أما قوله فيما يتعلق بنظر المرأة إلى الرجال من غير شهوة ومن غير تلذذ فيما فوق السرة ودون الركبة فهذا لا حرج فيه؛ لأن الرسول - صلى الله عليه وسلم - أذن لعائشة في النظر إلى الحبشة ، ولأن الناس مازالوا يخرجون إلى الأسواق الرجال والنساء ، وهكذا في المساجد تصلي المرأة مع الرجال وتنظر إليهم كل هذا لا حرج فيه إلا إذا كان نظراً خاصاً قد يفضي إلى فتنة أو تلذذ أو شهوة هذا هو الممنوع ، أما إذا كان نظراً عاماً من غير تلذذ ولا شهوة ولا قصد الفتنة ولا خشية الفتنة فلا حرج فيه لما علمت من جواز صلاة المرأة خلف الرجال في المساجد، وخروجها للأسواق لحاجتها ، ونظر عائشة للناس في المسجد وهم يلعبون من الحبشة في المسجد كل هذا من الدلائل على جواز النظر من المرأة للرجال من دون قصد شهوة ولا تلذذ ،
Adapun pertanyaan mengenai wanita yang memandang lelaki tanpa syahwat dan tanpa berseronok-seronok pada bahagian tubuh yang di atas pusat dan di bawah paha, ini tidak mengapa. Ini kerana Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam mengizinkan ‘Aisyah melihat orang-orang Habsyah. Ini kerana para lelaki dan wanita itu selalu pergi ke pasar. Begitu juga di masjid, kaum wanita solat bersama para lelaki dan melihat para jemaah lelaki. Semua ini hukumnya boleh kecuali apabila pandangan itu khusus/istimewa sehingga terkadang menimbulkan fitnah, berseronok-seronok atau membangkitkan nafsu. Pandangan yang demikian barulah terlarang. Adapun pandangan yang sifatnya umum, tanpa berseronok-seronok dan tanpa hawa nafsu, tidak berniat menimbulkan fitnah dan tidak ditakuti terjadi fitnah, maka tidak mengapa. Sebagaimana engkau tahu para wanita dibolehkan solat di masjid, mereka keluar ke pasar-pasar memenuhi keperluan mereka, dan ‘Aisyah radiallahu ‘anha melihat kaum lelaki dari Habsyah sedang bermain di masjid. Ini semua merupakan bukti bahawa wanita dibenarkan melihat lelaki tanpa dengan maksud syahwat dan berseronok-seronok.

وهذا مستثنى من قوله جل وعلا: وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ [(31) سورة النــور]. فالله قال: يغضضن من أبصارهن ما قال : يغضضن أبصارهن من فدل ذلك أن تغض منها، ولا تغضها كلها، لها النظر إلى طريقها إلى ما أمامها إلى الجماعة أمامها لتسمع ما يقال ولتعي ما يقال ولتنظر ما يفعله الإمام أو ما يفعله الناس حتى تقتدي بهن وتنظر أمامها في الأسواق ولو كان أمامها رجال كل هذا لا حرج فيه ، أما إذا كان النظر يفضي إلى الفتنة أو ما التلذذ أو مع تكرار النظر للرجل فهذا هو الذي يمنع منه
Ini merupakan pengecualian daripada firman Allah: Katakanlah kepada wanita beriman untuk menundukkan sebahagian daripada pandangan mereka. Allah berkata “Menundukkan sebahagian daripada pandangan mereka” dan Allah tidak berkata: “Menundukkan pandangan mereka”. Perkataan “Min” menunjukkan bahawa menundukkan sebahagian daripada pandangan, dan bukannya menundukkan kesemua pandangan. Wanita itu boleh melihat apa yang ada di hadapannya, melihat jemaah yang ada di hadapannya agar dapat mendengar apa yang dikatakan, agar dapat melihat perbuatan imam atau apa yang jemaah lelaki lain lakukan sehingga wanita itu dapat mengikut mereka. Begitu juga melihat ketika di pasar walaupun di hadapannya itu adalah kaum lelaki. Semua ini tiada masalah. Adapun jika melihat sehingga membawa kepada fitnah, atau berseronok-seronok, atau mengulang-ulang melihat kepada lelaki itu, maka ini terlarang.

No comments: