Thursday, November 20, 2014

Sumbang Mahram, kenapa ia berlaku??

Bagaimana mungkin tergamak seorang ayah yang seharusnya menjadi pelindung akhirnya 'memakan' anak gadisnya sendiri dengan kejam??

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian serius untuk mengelakkan berlakunya SUMBANG MAHRAM dalam keluarga:
1) Anak-anak lelaki & perempuan perlu diasingkan tempat tidur sejak mereka berumur 7tahun.

2) Anak perempuan tidak boleh berpakaian ketat & menjolok mata di hadapan bapa @ adik beradik lelaki.
Ya, ia bukan aurat tetapi ini boleh mendorong sesuatu yang buruk berlaku dalam keluarga itu.

3) Anak perempuan tidak boleh berbaring @ tidur sesuka hati di dalam rumah, samada di hadapan televisyen, ruang tamu dan tempat-tempat lain.

4) Wajibkan semua ahli keluarga untuk meminta izin sebelum memasuki bilik orang lain, terutama sekali ayah @ adik beradik lelaki yang ingin memasuki bilik anak perempuan.

5) Usahakan untuk mengunci pintu bilik jika ingin tidur. Ini kerana boleh jadi kita tidak sedar jika ada sesiapa yang masuk ketika kita nyenyak tidur & kita tidak sedar jika ada pakaian yang terselak ketika itu.

6) Pastikan anak perempuan berpakaian sempurna selepa keluar bilik air; tidak bertuala @ berkemban sahaja.

7) Ibu perlu maklumkan anak perempuan jenis-jenis sentuhan yang berbahaya & perlu dielakkan.

8) Jika anak-anak melaporkan sesuatu yang 'aneh', segera ambil tindakan. Jangan anggap anak berbohong. Siasat terlebih dahulu. Bawa anak berjumpa doktor.


9) Pastikan aurat sesama ipar juga terjaga.

Saturday, June 7, 2014

Perbezaan Solat Lelaki dan Perempuan

Di dalam Al-Fiqh Al-Manhaji, kitab Feqah Mazhab Syafie disebutkan beberapa perbezaan solat wanita berbanding lelaki. Antaranya merapatkan sebahagian anggota tubuh ketika sujud, iaitu merapatkan kedua siku ke rusuk, peha dengan perut.


Al-Imam Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra membawakan beberapa riwayat berkaitan hal ini dalam bab بَابُ مَا يُسْتَحَبُّ لِلْمَرْأَةِ مِنْ تَرْكِ التَّجَافِي فِي الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ  (Digalakkan perempuan untuk meninggalkan merenggangkan tangan ketika ruku’ dan sujud)

قَالَ إِبْرَاهِيمُ النَّخَعِيُّ : كَانَتِ الْمَرْأَةُ تُؤْمَرُ إِذَا سَجَدَتْ أَنْ تَلْزَقَ بَطْنَهَا بِفَخْذَيْهَا ، كَيْلا تَرْتَفِعَ عَجُزُهَا ، وَلا تُجَافِي كَمَا يُجَافِي الرَّجُلُ.
Ibrahim an-Nakhaie berkata: Wanita disuruh untuk merapatkan perut dan peha ketika sujud, agar tidak terangkat belakang mereka, begitu juga tidak merenggangkan tubuh sebagaimana lelaki.

Sunday, May 25, 2014

Kenapa Hijab Dimusuhi?


Serangan ke atas pemakaian menutup aurat bukanlah sesuatu yang baru. Rentetan sejarah umat Islam menunjukkan bagaimana ia sangat-sangat di musuhi oleh golongan kuffar. Hijab hanya sejenis pakaian yang Allah tuntut kepada wanita beriman. Tetapi ‘fesyen’ itu menimbulkan kegerunan dan kecemburuan mereka yang memusuhi Islam, sama ada di kalangan yang jelas kafirnya, mahupun mereka yang masih menggunakan nama Islam di dalam kad pengenalan mereka.

Thursday, March 27, 2014

Bolehkah Melihat Ustaz Yang Memberi Kuliah?


Hukum Wanita Melihat Lelaki

Majlis Fatwa Pimpinan Dr. Abdullah al-Faqeh
Fatwa no: 7997
Tajuk:
نظر المرأة إلى الرجال في الأفلام لغرض التعليم
Wanita Melihat Lelaki Dalam Video Untuk Tujuan Pembelajaran
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:  فقد قال الله تعالى: (وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن) [النور: 31]. قال الإمام ابن كثير في تفسير هذه الآية: فقوله تعالى: (وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن) أي: عما حرّم الله عليهن من النظر إلى غير أزواجهن. ولهذا ذهب كثير من العلماء إلى أنه لا يجوز للمرأة أن تنظر إلى الرجال الأجانب بشهوة، ولا بغير شهوة أصلاً.
Allah berfirman: Katakanlah kepada wanita-wanita beriman untuk mereka menundukkan sebahagian pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur:31] Al-Imam Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya: Firman Allah Ta’ala: ((Katakanlah kepada wanita-wanita beriman untuk mereka menundukkan sebahagian pandangan mereka)) iaitu menahan pandangan daripada apa yang Allah haramkan mereka lihat selain daripada pasangan mereka. Kebanyakan ulama berpendapat tidak boleh seorang perempuan melihat lelaki bukan mahram dengan syahwat, bahkan jika tanpa syahwat pun hukum asalnya adalah haram.

Tuesday, March 25, 2014

Linguistic Miracles of Al-Quran





Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran


1.      الاسم والفعل  (Isim/Kata Nama & Fe’el/Kata Kerja)

·         الاسم  (Isim/Kata Nama)
1.      Kata Nama lebih kuat berbanding Kata Kerja
الاسم أقوى من الفعل

Contohnya: يُحمد   vs محمد

2.      Kata Nama tidak bergantung kepada masa.
3.      Kata Nama tidak bergantung kepada pembuat.
4.      Kata Nama bersifat kekal.

·         الفعل  (Fe’el/Kata Kerja)
1.      الفعل المضارع – Present/Continuous/Future Tense
2.      الفعل المضارع – Past Tense (Ia juga menunjukkan sesuatu yang benar-benar berlaku)


Saturday, March 15, 2014

Bolehkah Wanita Ke Masjid?


[Ringkasan daripada Jami’ Ahkam an-Nisa’, jilid 1, Bab Kewujudan Wanita Di Masjid Di Zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam oleh Shaikh Mustafa al-‘Adawy]

Dalil 1:

عَنْ عُرْوَةَ ، أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ ، قَالَتْ : " أَعْتَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً بِالْعِشَاءِ ، وَذَلِكَ قَبْلَ أَنْ يَفْشُوَ الْإِسْلَامُ ، فَلَمْ يَخْرُجْ ، حَتَّى قَالَ عُمَرُ : نَامَ النِّسَاءُ وَالصِّبْيَانُ فَخَرَجَ ، فَقَالَ لِأَهْلِ الْمَسْجِدِ : مَا يَنْتَظِرُهَا أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْأَرْضِ غَيْرَكُمْ " .
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melewatkan solat Isya, hal ini berlaku sebelum Islam tersebar luas. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar untuk mendirikan solat melainkan sehingga ‘Umar radiallahu ‘anhu telah berkata: Kaum wanita dan kanak-kanak telah tertidur, baru lah baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada yang ada di masjid: Tiada seorang pun selain kalian yang menanti solat ini. [Sahih al-Bukhari, Kitab Mawaqit as-Solat, hadis no: 535]

Monday, March 10, 2014

Benarkah Wanita Dilarang Berpakaian Selain HITAM??


Ustazah, benarkah seorang perempuan hanya boleh memakai pakaian berwarna hitam agar tidak menarik perhatian lelaki? Kawan saya kata ada dalil yang mengatakan pakaian terbaik untuk wanita adalah yang berwarna seperti burung gagak (warna gelap), betul ke wujud hadis itu ustazah?

Ok, macam mana pula jika saya beli pakaian, dan kebiasaannya saya akan memilih pakaian yang saya rasakan cantik pada pandangan saya tetapi saya tiada niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain pakaian saya ini cantik @ mahu dipuji, dan saya juga tidak pernah berniat untuk menarik perhatian lelaki. Saya juga pernah ditegur oleh seorang muslimin yang mana katanya: Anti belajar agama, tetapi kenapa masih mengenakan tudung berwarna?? Saya buntu ustazah.

Setiap orang ada warna kegemaran masing-masing, dan saya pula memang jenis yang tidak suka warna pakaian yang gelap-gelap. Kalau dalam keadaan macam ni, apa hukumnya ustazah? Berdosakah saya jika saya memilih pakaian yang berwarna selain hitam namun saya tidak sama sekali memakai perfume @ make-up @ perhiasan-perhiasan lain apabila keluar rumah?

Sunday, February 23, 2014

Sekilas Surah an-Nisa'


muslimah2
Isi Kandungan Surah An-Nisa’
1. Wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki.
Surah An-Nisa` dibuka dengan ayat:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً
“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kalian yang telah menciptakan kalian daripada jiwa yang satu dan daripada jiwa yang satu itu Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” (An-Nisa`: 1)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ لَنْ تَسْتَقِيمَ لَكَ عَلَى طَرِيقَةٍ ، فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَبِهَا عِوَجٌ ، وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهَا كَسَرْتَهَا ، وَكَسْرُهَا طَلَاقُهَا
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya wanita dicipta daripada tulang rusuk, kalian tidak akan mampu meluruskannya walau apa cara sekalipun. Jika kalian bersenang-senangnya, kalian akan bersenang dengannya dalam keadaan adanya kebengkokan. Jika kalian terus juga mahu meluruskannya, kalian akan mematahkannya. Dan patahnya itu ialah penceraian. [Sahih Muslim, Kitab al-Ridho’, hadis no: 2678]

Sunday, February 16, 2014

Nabi Musa dan Dua Gadis Madyan

haya
Nabi Musa dan Dua Gadis Madyan
Dalam al-Quran mencatatkan sebuah kisah yang unik antara lelaki soleh iaitu Nabi Musa ‘alaihissalam dan dua gadis solehah di Madyan.
وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ (23)
Dan tatkala dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia mendapati di sana sekumpulan orang yang sedang memberi midnum [haiwan ternakan mereka], dan ia mendapati di belakang orang ramai itu terdapat dua orang wanita yang sedang terpisah daripada orang ramai itu. Musa berkata: “Apakah tujuan kamu berdua [dengan berbuat begitu]?” Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum [kepada ternakan kami], sebelum pengembala-pengembala itu bersurai sedangkan bapa kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya”. (23)

Saturday, February 15, 2014

Ketika Jin dan Haiwan Bertasbih....


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ 
Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan [juga] burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui [cara] sembahyang dan tasbihnya  dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (41)

Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa semua makhluk yang ada bertasbih dan beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Dan manusia tidak memahami bahasa dan cara ibadah makhluk-makhluk lain itu.

Monday, February 3, 2014

Semester Baru, Tajuk Baru

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Sudah lama bercuti kan? Insya-Allah, esok 3 Februari 2014 kita akan mulakan halaqah tafsir dengan surah yang baru iaitu surah Qaf. Jom ajak rakan kita beramai-ramai.