Monday, October 28, 2013

Lelaki Dapat Bidadari di Syurga, Wanita??


Pertanyaan:
Disebutkan bahawa kaum lelaki akan memperolehi bidadari di jannah (syurga), lalu bagi kaum wanitanya?

Jawapan:

Pertama : Jika para wanita dunia beriman dan beramal soleh maka mereka juga akan mendapatkan kenikmatan para bidadara sebagaimana ditunjukkan oleh keumuman ayat-ayat yang menegaskan bahawasanya bagi para penduduk syurga segala apa yang mereka inginkan dan hasratkan. Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman mengenai nikmat yang diperolehi penghuni syurga,
﴿وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلاً مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ﴾
“Di dalamnya kamu memperolehi segala sesuatu yang kamu inginkan dan kamu pun memperolehi segala sesuatu yang kamu cinta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Fushshilat: 31–32)

﴿وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴾
“Di dalam jannah itu terdapat segala apa yang diinginkan oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu kekal di dalamnya.”(Qs. az-Zukhruf: 71)

Sudah maklum juga bahawa “zuwaj” (pasangan hidup) merupakan hal yang diinginkan oleh hati dan ini akan diperolehi oleh ahli syurga, baik yang lelaki mahupun wanita. Dan kenikmatan syurga bukanlah diciptakan dan disediakan oleh Allah hanya untuk para lelaki saja akan tetapi kepada seluruh orang-orang yang bertakwa baik dari kalangan lelaki maupun wanita. Allah berfirman: