Wednesday, July 10, 2013

Puasa: Romantika Cinta Hamba Dan Tuhan: Rahsia Mereka Berdua



Maksud puasa itu milik AKU (Allah):

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata:
إن الصيام سر بين العبد و ربه لا يطلع عليه غيره لأنه مركب من نية باطنة لا يطلع عليها إلا الله و ترك لتناول الشهوات التي يستخفي بتناولها في العادة …….
Puasa itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya. Tiada seorang pun tahu yang dia berpuasa atau tidak kerana ia bergantung kepada niat hatinya. Tiada yang mengetahui kecuali Allah. Seorang hamba itu (apabila berpuasa) dia meninggalkan kehendak nafsu syahwatnya yang mana kebiasaannya dia secara sembunyi-sembunyi melakukannya.

 فإن من ترك ما تدعوه نفسه إليه لله عز و جل حيث لا يطلع عليه غير من أمره و نهاه دل على صحة إيمانه و الله تعالى يحب من عباده أن يعاملوه سرا بينهم و بينه 
Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan kehendak nafsunya kerana Allah, bukan kerana yang lain melainkan kerana suruhan dan larangan Allah. Ia menunjukkan betapa murninya keimanan dia dan Allah cinta kepada hamba-hambaNya yang bergaul denganNya secara rahsia antara mereka dan Allah.

و أهل محبته يحبون أن يعاملوه سرا بينهم و بينه بحيث لا يطلع على معاملتهم إياه سواه حتى كان بعضهم يود لو تمكن من عبادة لا تشعر بها الملائكة الحفظة 
Orang yang mencintai Allah suka agar hubungan cintanya berlaku secara rahsia antara mereka dengan yang mana tiada seorang pun yang mengetahui tentang hubungan mereka.  Sehingga sebahagian mereka suka jika ibadah mereka tidak diketahui oleh malaikat yang mencatat amalan.

[Lathoif al-Maarif]

RAMADHAN: WHY FAST?