Sunday, March 17, 2013

Penerangan keseluruhan surah an-Nur


Terletaknya surah an-Nur dalam al-Quran pada muka surat yang ke 350-359, dari 604 muka surat dalam resm al-'Uthmany. Surah an-Nur merupakan surah yang terletak tengah muka surat, dan surah yang ke-24 dari 114 surah.

Muka surat 350
       Mari kita lihat surah an-Nur pada muka surat 350 (sila ambil al-Quran dan buka, al-Quran resm 'Uthmany); pada muka surat ini Allah memberitahu tentang hukum zina

Ayat 1: 
  • Di awal ayat Allah subhanahu wa ta'ala telah menggunakan kalimat  (سُورَة).  
  •  سُورَةٌ : adalah sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pendahuluan dan penutup. Kalimat ini digunakan sebagai satu gesaan untuk memahami keseluruhan surah ini.
  • Kenapa Allah meletakkan kalimah سُورَةٌ di awal surah an-Nur? kerana untuk menunjukkan ketinggian surah ini, maka Allah memberi nama  atau perumpamaan dengan kalimat "سُورَةٌ" di awal ayat pertama.
  • Surah an-Nur merupakan sebagai pelindung kepada individu, keluarga dan masyarakat daripada perkara-perkara yang merosakkan (maksiat).