Friday, November 22, 2013

Ciri-ciri Mu'min Proaktif

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Inilah sifat pemuda yang tidak lalai dari mengingati Allah. Kesibukan dunia mereka tidak membuat mereka berpaling daripada ketaatan dan perintah Allah. Perniagaan dan jual beli pun tidak membuat mereka jauh daripada Allah. Ketika ada panggilan solat, mereka pun memenuhi panggilan tersebut. Dan lisan mereka tidaklah lepas daripada zikrullah.

Allah Ta’ala berfirman:
﴿رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat, dan (daripada) membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (QS. An Nur: 37)

Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah menerangkan:
Dia adalah pemuda yang dunianya tidak membuatnya jauh daripada Rabbnya. Sama sekali kesibukan perniagaan dan mencari nafkah tidaklah mempengaruhinya. Tijarah (perniagaan) di sini mencakupi segala bentuk perdagangan untuk meraih upah. Sedangkan bai’ (jual beli) adalah bentuk lebih khusus daripada perniagaan kerana dalam perniagaan lebih banyak ditemukan transaksi jual beli. Pujian pada pemuda di sini bagi mereka yang berdagang dan melakukan jual beli, dan asalnya perbuatan tersebut tidaklah terlarang. Meskipun tidak terlarang, akan tetapi hal-hal tadi tidaklah mempengaruhi mereka daripada mengingati Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Bahkan mereka menjadikan ibadah dan ketaatan pada Allah sebahagian tujuan hidup mereka. Jadi perdagangan tadi tidaklah sama sekali menghalangi mereka menggapai redha Allah.

Namun hati kebanyakan orang adalah sangat menaruh perhatian pada dunia. Mereka sangat mencintai penghidupan mereka. Dan sangat sukar bagi mereka –pada umumnya- meninggalkan urusan dunia mereka. Bahkan mereka pun bersusah payah hingga meninggalkan kewajiban pada Allah. Berbeza dengan yang disebutkan dalam ayat ini, mereka begitu takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. Kerana mengingati kegoncangan hari kiamat tersebut, akhirnya mereka pun semakin mudah beramal dan meninggalkan hal yang melalaikan mereka daripada Allah. (Taisir Al Karimir Rahman, 569)

Zikrullah
Yang dimaksud dengan zikir pada Allah (zikrullah) dalam ayat di atas, ada tiga pendapat:
  1. Solat lima waktu
  2. Mengerjakan hak Allah
  3. Zikir pada Allah dengan lisan.
Sedangkan yang dimaksud dengan mendirikan solat adalah mengerjakan solat tepat pada waktunya dan menyempurnakannya. (Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi)

Sa’id bin Abul Hasan dan Adh Dhohak berkata:
لا تلهيهم التجارة والبيع أن يأتوا الصلاة في وقتها
“Yang dimaksud ayat tersebut adalah perniagaan dan jual beli tidaklah membuat mereka lalai daripada mendirikan solat tepat pada waktunya.”

Mathor Al Warroq berkata,
كانوا يبيعون ويشترون، ولكن كان أحدهم إذا سمع النداء وميزانُه في يده خفضه، وأقبل إلى الصلاة.
“Yang dimaksudkan ayat tersebut adalah mereka biasa melakukan jual beli. Akan tetapi jika mereka mendengar azan dan pada waktu itu timbangan dagangan mereka berada di tangan mereka, maka mereka pun meninggalkannya. Lalu mereka memenuhi panggilan solat.”

As Suddi mengatakan mengenai ayat tersebut,
عن الصلاة في جماعة
“Mereka tidak lalai daripada solat jama’ah” (Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 10: 252-253)

Dalam ayat disebutkan,
﴿تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
“Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”. Iaitu hati mereka dalam keadaan khuatir apakah mereka akan selamat atau tidak. Dan penglihatan mereka pun menjadi tidak terarah, melihat kiri dan kanan. (Tafsir Al Jalalain).

Ayat di atas serupa dengan ayat,
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (QS. Al Munafiqun: 9).
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al Jum’ah: 9)


Ganjaran Bagi Mereka yang Bersegera Menyahut Panggilan Allah 'Azza Wajalla
 
Apa balasan Allah pada lelaki-lelaki yang mempunyai sifat demikian?
﴿لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
(Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” (QS. An Nur: 38). 
Jika disebut seseorang berinfak tanpa batas, maksudnya kerana terlalu banyaknya dia berinfak sehingga infak yang diberikan tidak dapat dihitung (Lihat Tafsir Al Jalalain).

Ya Allah, jadikanlah kami seperti yang disebutkan dalam ayat ini.Semoga perdagangan dan kesibukan kami mencari nafkah tidak membuat kami lalai dari mengingat Allah, solat pada waktunya dan kewajiban lainnya. Semoga lisan ini pun dimudahkan untuk selalu sibuk dengan zikir mengingati Allah di waktu lapang dan waktu sibuk. Wallahu waliyyut taufiq was sadaad.

Sumber:

No comments: