Friday, November 1, 2013

Cara Shaikh Muqbil Mendidik Anak Perempuannya



Pernah membaca buku Nasehati lin Nisa? Buku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Nasehatku bagi Para Wanita ini ditulis oleh seorang ulama wanita dari negeri Yaman yang bernama Ummu Abdillah Al-Wadi’iyah. Beliau hafizhahallah adalah puteri kepada ulama ahlul hadis masa kini, iaitu Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah.

Ummu Abdillah adalah seorang ulama wanita yang memiliki banyak kelebihan. Menurut Al-Ustadz Muhammad Barmim dalam biografi Syaikh Muqbil, Ummu Abdillah mengajar di madrasah nisa’ (khusus wanita) dan memiliki pelbagai penulisan ilmiah. Di antaranya:
·       Shahihul Musnad fis Syamail Muhammadiyah (tentang kesempurnaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dicetak dalam dua jilid)
·         Jamius Shahih fi ilmi wa Fadhlihi (tentang keutamaan ilmu)
·         Tahqiq kitab As-Sunnah Ibnu Abi Ashim
·         Nasehati lin Nisa
·         dan sekarang beliau sedang menyiapkan Shahihul Musnad min Sirah Nabawiyah

Apa yang ingin disampaikan di dalam artikel ini adalah bagaimana cara Syaikh mendidik puterinya sehingga membesar menjadi seorang ulama. Tema ini mungkin jarang diangkat kerana biasanya yang dipersiapkan untuk menjadi seorang alim atau ulama adalah anak lelaki sahaja. Pernahkah kita bercita-cita puteri kita menjadi seorang aalimah (ulama wanita)? Kalau memang ada keinginan tersebut, mungkin kita boleh meneladani terlebih dahulu metodologi Asy-Syaikh dalam mendidik puterinya.

Ummu Abdillah menceritakan tentang bagaimana ayahanda beliau -Syaikh Muqbil- mendidik puteri-puterinya:

·         Memberikan perhatian terhadap pengajaran Al-Quran
… Ayahanda tidak pernah mengabaikan kami, betapa pun sibuknya beliau. Oleh kerana itulah beliau sangat memberi perhatian terhadap kami dalam mempelajari Al-Quran. Beliau selalu membimbing kami membaca Al-Quran. Kadang-kala beliau merakam agar hafazan kami semakin kukuh. Suatu ketika saudari saya menghafaz, dan ayahanda sedang berada di perpustakaan. Saudariku tadi mencari beliau, ingin dirakamkan hafazannya. Beliau pun meninggalkan kajiannya, merakam hafazan saudariku lalu kembali lagi ke perpustakaan.

·         Mengelakkan dari mendengar nyanyian untuk mengukuhkan hafalan
Agar kami dapat mendengar qiraah yang baik, beliau membelikan kaset qiraah Syaikh Al-Husari untuk kami. Beliau juga membelikan untuk masing-masing puterinya satu tape recorder tanpa radio. Ini bertujuan agar kami tidak mendengar nyanyian. Setelah kami mengerti lebih banyak, kami dibelikan masing-masing sebuah tape recorder dengan radionya, namun beliau tetap mengingatkan kami terhadap nyanyian dengan keras. Dan alhamdulillah, kami menerima peringatan tersebut. Kami tidak mendengar nyanyian sama sekali, seiring dengan rasa tidak senang terhadap nyanyian.

·         Menggunakan mushaf daripada satu penerbit sahaja
Dalam menghafaz, beliau memerintahkan kami untuk hanya menggunakan satu mushaf daripada satu penerbit kerana itu akan membantu memperkukuhkan hafazan. Kalau beliau melihat di tangan kami ada mushaf yang berbeza, beliau akan memberi peringatan keras dan sangat marah.

·         Tidak melukis atau melihat gambar makhluk bernyawa
Di antara murid beliau ada orang-orang Sudan dan Mesir yang datang beserta isteri-isterinya. Di antara isteri-isteri mereka ada yang mengajar kami dengan diberi upah oleh ayah sebagai bentuk perhatian beliau terhadap pendidikan kami. Dan apabila pada buku-buku yang digunakan oleh para guru wanita tersebut ada gambar makhluk bernyawa, beliau memerintahkan kepada kami untuk menghapusnya. Kami pun menghapuskan gambar-gambar tersebut disertai dengan kebencian yang sangat terhadap gambar-gambar itu.

·         Mengajarkan ilmu-ilmu syar’I dari Al-Quran dan hadith
Lalu setelah itu kami pun diajari ilmu-ilmu syar’i Al Kitab dan As-Sunnah, sehingga kami pun menghafal bersama para guru tersebut dan kami pun hafaz beberapa hadis walhamdulillah.




Meluangkan masa bersenda gurau bersama keluarga
Beliau rahimahullah terkadang bersenang-senang dan bergurau bersama kami, dalam perkara yang diizinkan oleh Allah. Berbeza dengan kebanyakan kaum muslimin -kecuali yang dirahmati oleh Allah- yang bersenang-senang bersama anak-anak mereka dengan televisyen, nyanyian, permainan-permainan gila, serta kerosakan lainnya. Padahal nabi kita bersabda, “Kamu sekalian adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang dipimpinnya.”





·     Tidak keluar rumah kecuali apabila perlu
Beliau selalu melarang kami terlalu banyak keluar, dan beliau selalu mengarahkan kami untuk tidak keluar kecuali dengan izin beliau. Ini apa yang dijalankan beliau semasa kami kecil.

·     Menitikberatkan pendidikan agama anak-anak
Ada pun tentang pendidikan kami, beliau sangat ingin kami mendalami agama Allah dan mencari bekal ilmu syar’i. Sebab itulah, beliau mencurahkan kemampuan beliau untuk membantu kami menuntut ilmu dan membuat kami menggunakan kesempatan kami dengan sebaik-baiknya. Beliau selalu menyediakan waktu khusus untuk mendidik kami. Setiap hari kedua, beliau menanyakan pelajaran yang telah lalu. Jika pelajaran itu terlalu berat, maka beliau berikan dengan cara yang jauh lebih ringan. Di antara pelajaran yang khusus kami pelajari di rumah adalah:

1.      Qatrun Nada sampai dua kali
2.      Syarh Ibnu Aqil sampai dua kali juga
3.      Tadribur Rawi
4.      Mushilut Thullabi ila Qowaidil I’rab (namun tidak selesai kerana beliau sakit)

·     Sentiasa memberi nasihat
Majlis beliau senantiasa penuh dengan kebaikan, diskusi, dan pengarahan, hatta ketika mahu makan atau pun ketika berbual melalui telefon. Misalnya ketika beliau di Saudi sebelum berangkat ke Jerman, ayahanda mengucapkan salam melalui telefon kepada saya, “Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh”. Saya menjawab tanpa mengucapkan, “Wabarakatuh”. Beliau bertanya (menegur), “Mengapa tidak engkau balas dengan yang lebih utama?” sebagai isyarat pengamalan ayat ke 86 daripada surat An-Nisa.


·     Menggunakan method soal jawab dalam menyampaikan ilmu
Kadang-kala beliau sengaja menyebutkan hal yang salah untuk menguji kefahaman kami, sebagaimana itu beliau lakukan juga kepada murid lelaki. Kadang-kala beliau bertanya tentang soalan yang cukup berat, untuk memberikan faedah namun dimulakan dengan pertanyaan terlebih dahulu. Method ini pun diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana di dalam hadis Muadz.



·        

Tidak berputus asa memberi dorongan
Kadang-kala, ketika kami menemui kesulitan dalam pelajaran atau kajian kami, beliau memerintahkan kami untuk meneruskan kajian tersebut, atau beliau mengikuti kami ke perpustakaan dan membantu kami. Inilah yang menyebabkan kami begitu berduka kerana kehilangan beliau rahimahullah. Siapa yang akan memperhatikan kami sepeninggalan ayahanda?

Lemah lembut
Beliau selalu mendidik dan mengarahkan kami dengan lemah lembut. Dan dengan kurnia Allah, kami tidak terdorong sedikit pun untuk menentang beliau, kerana semua itu adalah demi kemaslahatan dan keuntungan kami juga. Semuanya adalah mutiara yang diuntai dengan Al-Kitab dan As-Sunnah.

Tidak memaksa pelajarnya untuk bertaqlid dengannya di dalam perkara ijtihad
Di antara yang mengagumkan pada diri beliau adalah tidak pernah memaksakan kepada kami dalam perkara ijtihad kami yang memiliki sisi pandang lain. Kalau kami sudah memahami suatu masalah yang berbeza dengan pemahaman beliau maka beliau tidak memaksa kami, seperti juga kebiasaan beliau bersama murid-muridnya yang lelaki. Beliau tidak pernah menekan mereka untuk memahami sesuatu yang masih perlu dipertimbangkan. Ini, sebagaimana para pembaca lihat, adalah kemuliaan yang sangat jarang ditemui.

Mempunyai jati diri walaupun berada dalam masyarakat yang pelbagai ragam
Beliau rahimahullah juga mengingatkan kami dari masyarakat, kerana masyarakat kami adalah masyarakat yang rosak, bersegera dalam kesesatan dan hal-hal yang tidak berguna, kecuali yang dirahmati Allah.

Menjauhi sifat sombong
Beliau juga mengingatkan kami daripada sikap sombong. Beliau sangat benci kepada wanita yang sombong terhadap suaminya, beliau mengatakan, “Tidak ada kebaikan wanita yang seperti ini.”

Menekankan sikap zuhud
Beliau mendorong kami untuk bersikap zuhud terhadap dunia yang rendah ini. Beliau bimbing kami untuk meniatkan apa yang kami makan dan minum untuk menguatkan kami dalam bertakwa, agar memperoleh pahala daripada Allah. Beliau katakan, “Janganlah kamu sibukkan dirimu menyiapkan berbagai hidangan makanan. Apa yang mudah diolah, kita makan.”

Pembakar semangat anak-anak
Beliau bangkitkan semangat kami. Beliau bukan termasuk orang yang suka meruntuhkan semangat keluarga dan anak-anak perempuannya. Beliau membentuk kami dengan sebaik-baiknya, agar kami mudah dan bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam memperoleh ilmu yang bermanfaat. Di antara ucapan beliau kepada saya, “Saya berharap agar kamu menjadi wanita yang faqih.” Ya Allah, wujudkanlah harapan ayahanda, duhai Zat yang tidak diharap kecuali kepada-Nya, tempatkanlah beliau di surga firdaus yang tinggi.

(Diringkas daripada buku “Secercah Nasehat dan Kehidupan Indah Ayahanda Al-Allamah Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i”, terbitan pustaka Al-Haura Jogjakarta).

http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/permata-hati/bagaimana-asysyaikh-muqbil-mendidik-puteri-beliau/


No comments: