Monday, October 28, 2013

Lelaki Dapat Bidadari di Syurga, Wanita??


Pertanyaan:
Disebutkan bahawa kaum lelaki akan memperolehi bidadari di jannah (syurga), lalu bagi kaum wanitanya?

Jawapan:

Pertama : Jika para wanita dunia beriman dan beramal soleh maka mereka juga akan mendapatkan kenikmatan para bidadara sebagaimana ditunjukkan oleh keumuman ayat-ayat yang menegaskan bahawasanya bagi para penduduk syurga segala apa yang mereka inginkan dan hasratkan. Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman mengenai nikmat yang diperolehi penghuni syurga,
﴿وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلاً مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ﴾
“Di dalamnya kamu memperolehi segala sesuatu yang kamu inginkan dan kamu pun memperolehi segala sesuatu yang kamu cinta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Fushshilat: 31–32)

﴿وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴾
“Di dalam jannah itu terdapat segala apa yang diinginkan oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu kekal di dalamnya.”(Qs. az-Zukhruf: 71)

Sudah maklum juga bahawa “zuwaj” (pasangan hidup) merupakan hal yang diinginkan oleh hati dan ini akan diperolehi oleh ahli syurga, baik yang lelaki mahupun wanita. Dan kenikmatan syurga bukanlah diciptakan dan disediakan oleh Allah hanya untuk para lelaki saja akan tetapi kepada seluruh orang-orang yang bertakwa baik dari kalangan lelaki maupun wanita. Allah berfirman:

﴿وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ﴾
Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik lelaki maupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga.(QS An-Nisaa :124)

﴿وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾
Dan Barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik lelaki maupun perempuan sedang ia dalam Keadaan beriman, Maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab. (QS Ghoofir : 40)

Siapakah Bidadara Syurga?
Yang dimaksudkan dengan bidadara adalah daripada kalangan lelaki dunia yang masuk syurga (lihat Majmu' Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/53).

Sudah tentunya seorang lelaki yang masuk syurga akan diubah tubuh dan parasnya oleh Allah menjadi tampan dan elok sebagai bidadara (sebagaimana akan datang penjelasannya di bawah)

Kedua : Para ulama menjelaskan bahawa ada beberapa sebab kenapa sama sekali tidak disebutkan tentang bidadara bagi para wanita, di antaranya:
·         Kerana para wanita asalnya merekalah yang dicari dan dikejar-kejar, bukan sebaliknya. (lihat Majmu' Fatawaa Syaikh al-'Utsaimin 2/53) Jadi merupakan perkara yang kurang enak jika ditunjukkan bahawasanya para wanita mengejar-ngejar para bidadara.

·         Dalam dalil-dalil disebutkan tentang keindahan tubuh para bidadari dengan agak terperinci, tentunya hal ini sangatlah kurang sesuai jika disebutkan tentang  keindahan tubuh para bidadara dihadapan para wanita. Ini kerana asalnya para wanita memiliki sifat malu yang sangat tinggi… malu untuk membaca atau mendengar, apalagi membicarakan keindahan tubuh para bidadara

KetigaYang perlu diingat bahawasanya kenikmatan di syurga sangatlah banyak dan tidak dapat dibayangkan. Kenikmatan di syurga bukanlah hanya kenikmatan jimak saja, akan tetapi masih terlalu banyak kenikmatan yang lain yang banyak dan bervariasi.

KeempatWanita beriman yang memasuki syurga lebih cantik daripada para bidadari.
Para ulama juga menyebutkan bahawasanya para wanita dunia jika beriman dan beramal soleh hingga masuk syurga maka mereka akan lebih mulia dan lebih cantik daripada para bidadari syurga.

Ini kerana para wanita dunia telah menjalankan kewajipan-kewajipan yang Allah wajibkan kepada mereka, mereka menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya dengan penuh kesabaran tatkala di dunia. Hal ini berbeza dengan para bidadari syurga yang langsung diciptakan dewasa dan tanpa pembebanan tugas daripada Allah, mereka diciptakan untuk disediakan bagi para lelaki penghuni syurga. Ada beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang menunjukkan akan hal ini akan tetapi hadis-hadis tersebut lemah. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiallahu 'anhaa bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda
بَلْ نِسَاءُ الدُّنْيَا أَفْضَلُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ
"Bahkan wanita dunia lebih afdhal dari pada para bidadari" (HR At-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabiir no 780. Hadis ini dilemahkan oleh Al-Haitsami dalam Majma' Az-Zawaaid 7/255 dan juga Syaikh Al-Albani dalam Dho'if 2230).

Kelima: Allah akan mencantikkan wajah para wanita dunia yang memasuki syurga.
Para wanita dunia janganlah menyangka jika mereka masuk ke dalam syurga lantas wajah mereka tidak berubah. Allah akan mencantikkan wajah-wajah mereka dengan secantik-cantiknya sebagaimana telah dijelaskan dalam hadis-hadis yang sahih bahawasanya tubuh para penghuni syurga dimodifikasi oleh Allah sehingga menjadi lebih besar dan lebih tampan dan cantik. (Lihat penjelasan tentang jasad tatkala kebangkitan merupakan modifikasi daripada jasad yang ada di dunia di Majmuu Fataawa Ibni Taimiyyah 17/252 dan Syarh al-'Aqidah at-Thohawiyah li Ibni Abi al-'Iz al-Hanafi hal 277).

Tubuh dan rupa para penghuni syurga menjadi muda dan besar serta tingginya 60 hasta, selain itu juga tubuh mereka bersih tidak ada kotorannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ آدَمَ
"Semua yang masuk syurga seperti bentuknya Nabi Adam" (HR Al-Bukhari no 3326)

Dalam hadis yang lain
إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ إِضَاءَةً لاَ يَبُوْلُوْنَ وَلاَ يَتَغَوَّطُوْنَ وَلاَ يَتْفُلُوْنَ وَلاَ يَمْتَخِطُوْنَ ... وَأَزْوَاجُهُمْ الْحُوْرُ الْعِيْنُ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ وَاحِدٍ عَلَى صُوْرَةِ أَبِيْهِمْ آدَمَ سِتُّوْنَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ
"Sesungguhnya rombangan pertama yang masuk syurga seperti rembulan yang bersinar di malam purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang paling terang di langit, mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak membuang ludah, tidak beringus….isteri-isteri mereka adalah para bidadari, mereka semua dalam satu perangai, rupa mereka semua seperti rupa ayah mereka Nabi Adam, yang tingginya 60 hasta menjulang ke langit" (HR Al-Bukhari 3327)

Keenam: Penghuni syurga tidak memiliki rasa cemburu dan dengki.
Meskipun dalam syurga seorang lelaki boleh saja memiliki banyak bidadari, bahkan boleh jadi memiliki banyak isteri yang dahulunya adalah isteri-isterinya di dunia. Akan tetapi sama sekali tidak akan ada dalam hati-hati mereka rasa dengki dan rasa cemburu. Allah telah berfirman;

﴿وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الأنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ﴾
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki Kami kepada (syurga) ini. dan Kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi Kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (QS Al-A'roof : 43)

﴿وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِين﴾
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas pelamin. (QS al-Hijr: 47)

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُ سَاقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ الْحَسَنِ لاَ اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوْبُهُمْ قَلْبٌ وَاحِدٌ يُسَبِّحُوْنَ اللهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا
"Bagi setiap penghuni syurga dua orang isteri, terlihat sum-sum betisnya dari belakang dagingnya kerana indahnya, tidak ada perselisihan diantara mereka serta tidak ada permusuhan. Hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah pagi  dan petang" (HR Muslim no 2834)

Oleh kerananya jelas bahawa yang berlaku di dunia tidak sama dengan yang berlaku di akhirat. Jika di dunia poligami menimbulkan kesedihan dan kecemburuan sertap permusuhan maka tidaklah demikian tatkala di akhirat. seseorang yang masuk syurga tidak akan sedih dan khuatir.

KetujuhKeadaan wanita.
Seorang wanita tidak keluar dari salah satu dari keadaan-keadaan berikut ini:

Pertama: Dia meninggal sebelum menikah.
Maka wanita ini boleh jadi dinikahkan dengan lelaki dunia yang masuk syurga yang akan menyenangkan hatinya (lihat Majmu Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/53). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
"Tidak ada seorang yang membujang pun di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1736 dan 2006)

Kedua: Dia meninggal setelah bercerai dan belum sempat menikah lagi.
Maka keadaan wanita ini sama dengan keadaan wanita pertama

Ketiga: Dia meninggal dalam keadaan bersuami, akan tetapi suaminya tidak masuk syurga bersamanya.

Keadaan wanita ini juga sama dengan keadaan wanita yang pertama dan yang kedua. Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Seorang wanita jika masuk syurga dan belum menikah atau suaminya tidak masuk syurga, maka jika wanita ini masuk syurga maka akan ada para lelaki dunia yang masuk syurga yang belum menikah, maka bagi para lelaki tersebut para isteri dari bidadari dan juga dari para wanita dunia –tentunya jika para lelaki tersebut berminat-" (Majmu' Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/52).

Yang penting bahawasanya para wanita yang masuk syurga pasti bersuami.

Keempat: Dia meninggal setelah menikah dengan suaminya.

Kaum wanita dipasangkan oleh Allah di dalam jannah dengan suaminya yang dahulu dalam hidupnya di dunia. Allah Ta’ala berfirman:

﴿رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾
“Wahai Rabb kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang soleh antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka. Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. Ghafir: 8)

(Rujukan: Soal-Jawab Masalah Iman dan Tauhid, Syekh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Pustaka at-Tibyan, 2002.)

Kelima: Suaminya lebih dahulu meninggal dan setelah itu perempuan tersebut tidak menikah lagi hingga meninggal dunia.
Maka wanita ini juga keadaannya sama dengan wanita yang keempat, dia akan menjadi isteri suaminya.

Keenam: Setelah suaminya meninggal dia pun menikah lagi dengan lelaki lain (meskipun menikah berkali-kali)

Maka dia akan menjadi isteri dari suaminya yang terakhir. Tatkala Mu'awiyah radhiallahu 'anhu melamar Ummu Dardaa' maka Ummu Dardaa'pun menolak lamarannya dan berkata, "Aku mendengar Abu Darda' (suaminya yang telah meninggal-pen) berkata, Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

الْمَرْأَةُ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا
"Seorang wanita bagi suaminya yang terakhir". Dan aku tidak ingin pengganti bagi Abu Dardaa'" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1281).

Hudzaifah radhiallahu 'anhu juga pernah berkata kepada isterinya:

إِنْ شِئْتِ أَنْ تَكُوْنِي زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ فَلاَ تَزَوَّجِي بَعْدِي فَإِنَّ الْمَرْأَةَ فِي الْجَنَّةِ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا فِي الدُّنْيَا فَلِذَلِكَ حَرَّمَ اللهُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَنْكِحْنَ بَعْدَهُ لِأَنَّهُنَّ أَزْوَاجَهُ فِي الْجَنَّةِ
"Jika kau ingin menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi setelah aku meninggal. Ini kerana seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir di dunia. Oleh kerana itu Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menikah lagi setelah meninggalnya Nabi, kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1281).

Kelapan : Wanita yang nusyuz
Jika perkaranya adalah sebaliknya, iaitu seorang wanita dunia bermaksiat dan membangkang kepada suaminya maka dia tentu akan kalah bersaing dengan para bidadari syurga dan akan menyebabkannya terjerumus dalam neraka jahannam. Bahkan tatkala seorang wanita dunia menyakiti hati suaminya maka bidadari syurga akan protes dengan perlakuannya sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :

لاَ تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا ؛ إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ : لاَ تُؤْذِيْهِ قَاتَلَكِ اللهُ ؛ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيْلٌ يُوْشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
"Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia kecuali isterinya di akhirat dari bidadari akan berkata, "Janganlah engkau mengganggunya, semoga Allah membinasakanmu. Sesungguhnya dia hanyalah tetamu di sisimu, hampir-hampir lagi ia akan meninggalkanmu menuju kepada kami" (HR At-Thirmidzi dan Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 173)

Ya Allah,
Kurniakanlah kami teman di dalam syurgaMu kelak.
Yaa Ar-Rahman, Maha Pengasih …
Janganlah Engkau biarkan hamba…
Kedinginan tanpa pakaian
Kerana Engkau Telah Berfirman…

﴿هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ﴾
“Mereka [isteri-isteri]  adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” [Al-Baqarah: 187]

Yaa Al-Mannan, Maha pemberi Anugerah
Jangan biarkan Hamba…
GALAU SENDIRIAN…
Kerana Engkau Telah Berfirman…

﴿وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً﴾
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” [Ar-Rum: 21]

Sumber:

No comments: