Friday, August 30, 2013

Purdah: Wajib, Sunnah atau Bid'ah?


Oleh Ustaz Kholid Syamhudi

Pertanyaan:

Apakah hukum purdah (menutup wajah) bagi wanita, wajib atau tidak?

Jawapan:


Banyak pertanyaan yang ditujukan kepada kami, baik secara langsung mahupun melalui surat, tentang masalah hukum purdah (menutup wajah) bagi wanita. Ini kerana ramai kaum muslimin belum memahami masalah ini, dan ramai wanita muslimah yang mendapat masalah kerananya, maka kami akan menjawab masalah ini dengan sedikit panjang. Dalam masalah ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan wajib, yang lain menyatakan tidak wajib, namun merupakan keutamaan. Maka di sini -insya Allah- akan kami sampaikan hujjah masing-masing pendapat itu, sehingga masing-masing pihak dapat mengetahui hujjah (argumen) pihak yang lain, agar saling memahami pendapat yang lain.

Thursday, August 29, 2013

Dia Pemalu Sangat

kredit kepada
 http://blog.buraga.org/2012/08/tips-to-help-your-child-overcome-shyness.html

<Muslimah Dalam Al-Quran!>

Muslimah itu pemalu sangat, susah aku mahu komunikasi dengan dia...

Tak nak lah aku pinang budak tu, pemalu sangat....

Itulah Muslimah dalam al-Quran!

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا

“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua perempuan itu berjalan dengan MALU-MALU, dia berkata, ‘Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikan)mu memberi minum (ternak kami)…” [Al-Qashash 28: 25]

Friday, August 23, 2013

Hebatnya Dirimu Wahai Muslimah


Alangkah hebatnya dirimu wahai Muslimah,
Disaat manusia lain leka bergembira,
Kau berusaha memperkuatkan diri
memastikan momentummu pada Ramadhan yang lalu terus terpelihara,
Ketika manusia lain makan dan minum tanpa henti di Syawal ini,
Kau pujuk dirimu untuk mula berpuasa,
Kau berusaha menyempurnakan qadha puasamu
sebelum kau buru sunnah berpuasa 6 Syawal,
Walau ia bukanlah sesuatu yang mudah
Namun kau bulatkan tekad demi membuktikan cintamu kepadaNya.

Wednesday, August 7, 2013

Sunnah-Sunnah Di Hari Raya

Tatkala Ramadhan Berlalu Pergi....



Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"فَإِنَّ لِكُلِّ عَابِدٍ شِرَّةً وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةً فَإِمَّا إِلَى سُنَّةٍ وَإِمَّا إِلَى بِدْعَةٍ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّةٍ فَقَدْ اهْتَدَى، 
وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ فَقَدْ هَلَكَ"
 
"Setiap hamba itu mempunyai rasa semangat, dan setiap rasa semangat itu pasti ada masa lemahnya,  
dan masa lemah itu mengalihkan kepada sunnah atau kepada bid'ah. 
Barangsiapa yang ketika masa lemahnya dia balik kepada sunnah bererti dia telah mendapat petunjuk, 
dan barangsiapa yang masa lemahnya dipergunakan selain itu, bererti dia binasa."
 
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Musnad Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash Radliyallahu ta'ala 'anhuma: 6188)




Let's Celebrate 'Eid in Sunnah Ways!


Monday, August 5, 2013

Wanita Menghadiri Solat Raya



عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ :أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ، قَالَ: لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا.


Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.
Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?” Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Hendaklah saudara perempuannya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih Muslim : 1481]